Entri Terkini

Jom Baca!

Pengenalan

Blog ini terbina atas kehendak atau tuntutan kerja kursus atau "assigment" KRT 3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah". Sebelum ini memang buta tentang blog. Apabila dipertanggungjawabkan membuat blog maka terbinalah blog Cikgu dilla ini. lebih kepada awal bacaan kanak-kanak bersesuaian dengan tugas saya di sekolah lebih kepada anak-anak prasekolah.

Berkat bimbingan dan tunjuk ajar rakan-rakan yang pakar dalam pembinaan blog ini maka terbinalah blog yang tidak seberapa ini. Harap-harap, rakan-rakan UPSI dan rakan seperjuangan dapat melayari blog saya ini. Segala tunjuk ajar dan komen daripada rakan-rakan amatlah diperlukan.

Blog ini dapat membantu ibu bapa, penjaga dan juga guru-guru dalam memcari kaedah atau teknik awal bacaan kanak-kanak. Bersesuaian kehendak kerja kursus ini yang mana pembinaan blog bertujuan untuk dimanfaat apa yang terdapat di dalamnya. Walaupun baru, namun sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengajar anak-anak tentang awal bacaan mereka.