Hari ini buat rakaman mikropengajaran bersama murid tahun 2 Cemerlang. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya mereka ini bekas muridku ketika di prasekolah tahun 2009. Dah besar rupanya..Walaupun bidang bahasa di maktab tetapi telah mengajar prasekolah lebih 9 tahun. Dapat sambung belajar dapat bahasa semula. Ni nak kena belajar semula benda-benda yang lama dah ditinggalkan. Tanpa bantuan rakanku seorang ni..tentu tak jadi mikropengajaran hari ini. Jasamu dikenang..terima kasih.
Hidup ini perlu saling bantu membantu. Apa sahaja yang kita lakukan dengan ikhlas insyaalah akan mendapat keberkatanNya.Ianya akan datang sendiri tanpa kita sedari ..Jika kita berbuat baik kepada orang Tuhan akan memberikan kebaikan juga pada kita.
BalasPadam