Entri Terkini

Jom Baca!

Sabtu, 24 September 2011

AWAL BACAAN.



Awal bacaan di kalangan kanak-kanak sememangnya memerlukan kepelbagaian teknik atau kaedah yang mudah dan menyeronokkan. Kanak-kanak lebih suka kepada belajar melalui bermain. Teknik seperti ini akan lebih seronok dan tidak membosankan untuk kanak-kanak.Kalau dulu semasa kita di sekolah, teknik baca dan sebut sering digunakan. Seiring dengan perubahan masa dan zaman, tugas sebagai seorang guru perlu lebih kreatif dalam teknik awal bacaan kanak-kanak. Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan dan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dengan teknik yang pernah saya gunakan untuk anak murid saya di sekolah dan juga anak saya di rumah.